Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 7-Oct-2007 23:23
Char Kuey Tiaw


SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)



CHAR KUE TIAW

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
300 gm udang [buangkan kulit]
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan taugeh
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sudu besar kicap pekat
2 s/b sos tomato
2 s/b air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan udang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk

CELOTEH KAK LIZA..

1. chempaka ~~ sELAMAT hARI rAYA 2 U 2... :-D
2. Mama Haris Hakimi@Along ayunie1402 ~~ Salam Aidilfitri juga dari kkliza buat Mama Haris sekeluarga...
3. teacher zura khaizurasss ~~ Kakliza juga ucapkan Selamat Hari Raya..Azmil seronok sangat nak beraya n baca komen teacher dia..n TQ kerana still ingat kat dia..nanti kalau ada masa cubalah buat /masak kuetiaw tu..senang dan rengkas jer..Azmil pun suka makan... :-D :-D

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.