Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 24-Mar-2013 02:55
JAGUNG KUKUS

Salam buat adik-adik sekelian..
kakliza ni memang sukaaaaa benar dengan jagung..
pantang nampak ada jualan jagung memang beli punya..
dan sungguh tak sangka rupanya cucu perempuan kakliza pun hantu jagung..


baru-baru ini kakliza beli jagung kat pasar malam..
tetapi oleh kerana agak sibuk ..asik bertangguh jer..



.so satu malam tu kakliza terajin nak perisikan butir jagung [bukan hiris macam dalam gambar] untuk buat bubur keesokkannya..
tapi oleh kerana teringin nak makan jagung kukus dengan kelapa muda so kakliza buat juga menggunakan pemanggang ajaib..
jika tiada pemanggang ajaib boleh kukuskan jagung yang digaulkan dengan sedikit garam..
Cuba laaaa...pasti tidak rugi...




JAGUNG KUKUS

Bahan
2 biji jagung
1/2 cawan air
1/2 cawan kelapa muda
3 sudu gula
sedikit garam

Cara Membuat
1. Jagung diperisikan bijinya [boleh juga hiris kasar]
2. Masukkan jagung, air dan sedikit garam ke dalam peamanggang ajaib, Tutup pemanggang.
3. Masakkan selama 5 minit dengan api perlahan.
4. Masukkan jagung, kelapa muda dan gula ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Hidangkan.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016